
Oh ya... Ini ada satu doa anda patut amalkan khas untuk ibu bapa:-

Robbighfir lii wa li waalidayya warhamhumaa kamaa robbayaanii shoghiiroo
“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapa ku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”
Doanya tidak lah panjang sangat, anda mampu menghafalnya. Gunakan doa ini selepas solat, dan saya teringat tips daripada pakar motivasi terkenal Dr Fadzilah Kamsah. Dia pun ada memberikan tips-tips yang bernas pasal penggunaan doa ini, tak semestinya doa ini hanya selepas solat, untuk sebelum nak keluar rumah, sebelum nak buat kerja, amalkan semasa kita bersantai, dan sebelum tidur pun boleh guna doa ini.
Beramal doa ini merupakan satu tanda anak yang soleh dan solehah. Jadilah hamba Allah yang sentiasa mengigantinya dengan tidak mensyirikkannya dan sentiasa mendoakan kedua ibu bapa.
P/S:- Saya baru tukar entry sikit...
P/SS:- Saya ucapkan Selamat Hari Ibu khas untuk Mak saya....:-D
No comments:
Post a Comment